Friday, August 6, 2010

Ejaan mana yang betul, 'idulfitri' atau 'aidilfitri' atau 'iedulfitri'?

Ejaan mana yang betul, 'idulfitri' atau 'aidilfitri' atau 'iedulfitri'?


Ejaan yang betul ialah Aidilfitri. Untuk menyemak ejaan dan makna, sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat.

Usahacari Oleh : Adznee Bin Hj Ahmad
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=idulfitri+atau+aidilfitri

EJAAN PERKATAAN "RAMADHAN" ATAU "RAMADAN"

EJAAN PERKATAAN "RAMADHAN" ATAU "RAMADAN"

Yang mana satu ejaan yang betul "Ramadhan" atau "Ramadan" Kalau mengikut Kamus Dewan Edisi Empat ejaan yang betul ialah " RAMADAN ' Tetapi pada pandangan & pendapat saya ejaan jawi bulan ramadhan "dh" adalah jawi "Dhad" . Sedangkan ramadan "dan' adalah huruf "dal" bila sebut dengan betul pun bunyinya ada perbezaan "dan" dengan "dhan" Jadi sekarang yang mana satu mesti boleh diguna pakai. sekian, terima kasih.


Terima kasih atas pandangan yang diberikan.
Entri "Ramadan" walaupun ditulis begitu, tuan bebas menyebutnya dengan bunyi "dhod" tidak ada salahnya. Kamus hanya merakamkan penggunaan mana yang terbanyak. Tuan boleh juga menulis mengikut ejaan transliterasi agar lebih tepat. Tetapi sekiranya tuan ingin menggunakan tulisan umum ejaan sebagamana yang tertera di dalam KD4 itulah yang dikira tepat - "Ramadan".

Usahacari oleh : En Adznee Hj.Ahmad
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=transliterasi&d=10

Ramadan... Datangmu Dirindui Pergimu Ditangisi

PUTRAJAYA 6 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan 22 aktiviti bersepadu di bawah Program Ihya' Ramadan pada sepanjang bulan puasa yang dijangka bermula Rabu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, program-program yang disusun dengan tema “Ramadan... Datangmu Dirindui Pergimu Ditangisi” ini, akan diadakan di seluruh negara.

Tema ini diselaras dengan tema laman blog Syukur Ramadan iaitu
"Ramadan... Datangmu Dirindui Pergimu Ditangisi"

Tuesday, August 3, 2010

Syukur Ramadan Kembali lagi


Sesiapa yang mendirikan sembahyang Tarawih
pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan
maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.
( Riwayat Muslim )












Berikut adalah lokasi-lokasi yang telah disahkan oleh Majlis Raja-raja untuk melihat Anak Bulan Ramadan dan Hari Raya Idul Fitri 1431h.






Sumber : Bahagian Penyelidikan JAKIM




NEGERI


BIL


TEMPAT


JOHOR


1


Pontian Kecil, Pontian


MELAKA


2


Balai Cerap Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tg. Bidara Melaka


NEGERI SEMBILAN


3


Telok Kemang, Port Dickson


SELANGOR


4
5
6


Bukit Melawati, Kuala Selangor
Pulau Angsa Daerah Kuala Selangor


Bukit Jugra Banting, Kuala Langat, Selangor


PERAK


7


Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjung


PULAU PINANG


7


Pantai Aceh


KEDAH


9

10

11


Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda


Pemandangan Indah, Pulau Langkawi

Menara Telekom, Alor Setar, Kedah


KELANTAN


12


13

14


Bukit Peraksi, Pasir Puteh

Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur

Daerah Olak Jeram, Kuala Krai

Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu


TERENGGANU


15

16

17


18


Bukit Besar, Kuala Terengganu

Bukit Kemuning, Kemaman

Pulau Perhentian, Besut

Balai Cerap KUSZA, Bukit Merang, Setiu


PAHANG


19

20

21


Bukit Tanjung Batu, Nenasi


Gunung Berincang, Cameroon Highlands

Bukit Pelindung Kuantan


SABAH


22


Balai Cerap Al-Biruni N.,Sabah,Tanjung Dumpil,Putatan Sabah
SARAWAK

23
24


25


Tanjung Lubang, Miri
Teluk Bandung, Kuching
Tanjung Batu, Bintulu
WILAYAH
PERSEKUTUAN


26

27

28


Menara Kuala Lumpur

PICC Putrajaya

Menara Universiti Malaysia Sabah
Kampung Sungai Pagar, Labuan

PERLIS 29 Kuala Sungai Baru Simpang 4, Perlis